29 April 2009

KERJA-KERJA TERAKHIR KERJA PAGAR BATU SELURUH KAWASAN SEKOLAH







Kebetulan pertengahan April 09 yang lalu saya singgah di sekolah untuk meninjau kerja-kerja terakhir membina pagar batu di sekeliling sekolah.Kini semuanya telah selesai nampaknya

28 April 2009

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2009

Assalamualaikum

Tak lama lagi murid-murid akan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun.Semua guru diharap dapat bersedia awal dengan kertas soalan sepatutnya.Jangan buat di saat akhir.Semua soalan yang dah siap hendaklah diletakkan dalam bilik PK1.Bila periksa dah habis cepat-cepat periksa kertas tersebut dan markah mesti diberi kepada Guru Kelas untuk urusan selanjutnya.Diharap sebelum cuti sekolah semuanya dah selesai

27 April 2009

MESYUARAT GURU DAN STAFF

Mesyuarat Guru dan Staff SK Jalan Raja Musa

Tarikh : 12 Mei 2009
Hari : Selasa
Masa : 1.05 tengahari
Tempat : Bilik Tayang

Semua Guru dan staff diwajibkan hadir

Daripada

Mohd Rozali bin Awang Soh
Guru Besar

26 April 2009

MESYUARAT PENTADBIRAN SEKOLAH

Assalamualaikum buat semua guru staff SK Jalan Raja Musa
Sebelum penghujung bulan April ni untuk PK sila adakan Mesyuarat Pentadbiran,Hj Sahid pengerusikan mesyuarat tu.Siapkan minit mesyuarat,satu salinan hantar ke PPD dan satu lagi dalam fail mesyuarat.Mesyuarat guru akan saya maklumkan tarikhnya kemudian

22 April 2009

YB DATO NOH MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI


Gambar di atas diambil pada Januari 2008 semasa Dato menjadi Timbalan Menteri Pelajaran sewaktu Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Kementerian Pelajaran kepada murid-murid sekolah Jalan Raja Musa.
Pada 9 April 2009 ,Tahniah kepada YB Dato Noh Hj Omar kerana dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam kabinet baru YAB Dato Najib.Semoga YB Dato teruskan perkhidmatan kepada negara dan yang penting juga adalah untuk penduduk di Parlimen Tg Karang dan jangan lupa kepada SK Jalan Raja Musa

21 April 2009

PAPAN TANDA VISI DAN MISI SEKOLAH.


Sebelum saya ku UKM tempohari saya dah minta jasa baik beberapa guru untuk menyiapkan visi dan misi sekolah.Visi aje berubah .......... Harap-harap nanti saya balik ke sekolah visi dan misi siap dipasang pada tempatnya yang dah cantik tu.....Hj Sahid macam mana ni bila nak pasang

KELAS DAH CERIA




Hari Ahad 19.4.2009 saya ke sekolah untuk melihat sekitar kawasan sekolah.Hari tu hari Ahad.Saya sempat masuk ke semua kelas dan melihat tahap keceriaan kelas tahun 1 hingga tahun 6.Saya dapati semuanya kini dah berubah,bersih dan ceria.Lihatlah gambar yang saya rakam di kelas Tahun 1 dan 2

17 April 2009

PROGRAM SIFAR SAMPAH




Program tersebut telah dilancarkan pada bulan Febuari yang lalu.Kini hampir 3 bulan telah berlalu.Program ini dilancarkan memandangkan sebelum ini keadaan di dalam bilih darjah dan kaki lima kelas dipenuhi dengan sampah.Sampah ada di mana-mana .......Sejak pelancaran tempohari alhamdullillah tidak ada lagi sampah seperti anda lihat.Program yang dijalankan telah mendapat sokongan dari warga sekolah.Apa yang penting lihat kat mana boleh kita perbaiki.Kantin tidak dibenarkan menjual makanan dan minuman dalam plastik lagi,tong sampah kat kelas telah ditarik keluar yang tinggal hanyalah bakul kecil ,itu pun hanya untuk mengisi sampah-sampah pensil yang diraut sahaja.Apa yang penting dalam melaksanakan tugas ini guru mesti peka dan sentiasa mengingatkan murid mengenai kebersihan.Gambar ni diambil pada tahun 2008.Tengok lah ...eeee....Tapi kini tak lagi.Nanti saya akan poskan gambar tekini pada bulan April 2009


* Untuk HEM......Tolong buat post mortem segera

16 April 2009

RENUNGAN UNTUK SEMUA WARGA SKJRM

Blog ini saya khaskan kepada semua warga SK Jalan Raja Musa untuk mendapat maklumat.Sila layarinya untuk mendapat berita-berita terkini mengenai sekolah kita.Sila hantar respon anda melalui comment.Ingat projek PSS yang dah saya minta sama-sama kita fikirkan.Kepada Pn Lizana dan Pn Najmina anggaplah tugas ini sebagai kerja rutin sahaja.Apa yang membezakannya dengan sebelum ini adalah kena ada dokumentasi.Itu saja bukanlah ianya sesuatu yang terlalu sukar dan pelik.Kita perlu berubah...Perubahan tidak akan merugikan kita.Harap-harap warga SK Jalan Raja Musa menyahut cabaran ini.Apa tunggu lagi adakah semua dah rasa cukup selesa ketika "berada di zon yang agak selesa kini'

15 April 2009

Tolong fikirkan

Nama Projek: BUKU BERGERAK

Pelbagai aktivti patut dijalankan bagi bagi menarik minat murid untuk ke Pusat Sumber.Memandangkan sekolah ini terletak di kawasan luar bandar tahap pembacaan murid agak rendah.Murid kurang mengunjungi Pusat Sumber Sekolah apatah lagi untuk membaca buku.di waktu terluang.Saya juga mendapati murid sangat kurang membaca dan menggunakan kemudahan yang di sediakan di Pusat Sumber Memandangkan kepada situasi ini saya telah lama mencadangkan kepada Pusat Sumber Sekolah supaya mengadakan satu program”buku mencari murid ’(Buku Bergerak) dan tidak lagi terlalu bergantung kepada situasi murid yang mencari buku.Fikir-fikirkan.Program akan dijalankan mulai 20 April 2009

Tn Hj Sahid tolong aturkan satu mesyuarat minggu depan,kertas kerjanya saya akan hantar ke sekolah hujung minggu ini atau saya hantar melalui e mail

Cikgu Maliki minta tukar


Malam tadi 14 April sempat saya semak e-tukar.Tengok ada permohonan tukar Cikgu Maliki diinternet.Saya dah buat pengesahan dan sokong permohonan beliau.Harap-harap tahun ni beliau berjaya balik ke Terengganu.Harap Cikgu Maliki sediakan 2 salinan borang dan letak kat atas meja saya,sebab hujung minggu ni saya balik dan nak tandatangan borang tersebut sebelum hantar ke PPD.Berdoa banyak-banyak.Dengar kat nak ehem...ehem ,sabar nanti dia bagi tau kut..........

Selamat berpindah ke sekolah baru


Mulai 13 April 2009 Pn Hjh Fuziah bt Habeb PK Ko Kurikulum SK Jalan Raja Musa telah bertukar ke SK Dato Manan.Terima kasih atas segala sumbangan dan bakti yang dicurahkan selama di SK Jalan Raja Musa.Saya tak dapat bersama pada Majlis Perpisahan yang diadakan pada Jumaat 10 April kerana sedang menyambung pelajaran di UKM.Tidak lupa kepada penggantinya Pn Zainon bt Muskam dari SK Jaya Setia Batang Berjuntai.Selamat Datang dan Selamat Bertugas di SK Jalan Raja Musa.Hulurkanlah bakti dengan sepenuh hati

Tinggalkan sekolah sebulan ke UKM untuk belajar




7 April saya tinggalkan sekolah untuk tempoh sebulan kerana menyambung lagi pelajaran saya di UKM.Kat sana saya mengambil kursus Pengurusan Pendidikan .Saya akan kembali semula untuk bertugas pada 11 Mei nanti.Harap -harap semasa ketiadaan saya di sekolah semua guru tekun mengajar anak-anak murid,biar murid pandai dan saya berdoa tidak ada perkara buruk berlaku

Perkhemahan Ko Kurikulum Sekolah 2009


Pada 3 April 2009 hingga 5 April 2009 perkhemahan KoKurikulum telah diadakan di Sg Puah Cameron Highlands.Perkhemahan ini disertai oleh 39 pelajar tahun 6 SK Jalan Raja Musa.Saya turut sama dalam perkhemahan tersebut dan telah melakukan penutupan pada 5 April.Perkhemahan ini memberi pengalaman yang bermakna buat semua.Murid dapat menimba pengalaman baru,guru mengenal erti kerjasama ,tolong menolong dan bekerja dalam satu pasukan di mana jika mementingkan diri sudah pasti program ini sukar dilaksanakan,kepada saya ia memberi gambaran bahawa kerja yang berat perlu diusahakan bersama dan semua warga mesti terlibat