13 July 2013

              TERINGATKAN MASA MULA-MULA JADI GURU BESAR

Sejarah itu berlaku pada 16.01.1997 ketika dilantik menjadi Guru Besar dikala berusia 33 tahun.Masa tu Cikgu Azman PK1 Cikgu Aminah Said PK Hem .Sebelum saya dilantik aya memegang jawatan PK1 SK Merbau Sempak




22 May 2011

SAMBUTAN HARI GURU SKPA 16 MEI 2011







Hebat dan sungguh meriah sambutan tersebut.Majlis juga dihadiri oleh YDP PIBG dan AJKnya.Majlis telah bermula jam 8.00pagi dan tamat jam 12.40tg.Selepas murid balik jamuan haru guru diadakan

MAJLIS MERAIKAN MURID TAHUN 6




Majlis meraikan murid tahun 6 yang berjaya mencapai 5A dalam Ujian Diagnostik 4 bersama guru-guru Tahun 6.Makan tengahari tersebut telah diadakan pada 11 Mei yang lalu

09 May 2011

MESYUARAT AJK PIBG KALI PERTAMA 2011/2012

Pagi tadi Mesyuarat telah diadakan di sekolah.Mula jam 9.15pagi hingga jam 1,00tgh.Banyak perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut yang dipegerusikan oleh YDP yang baru .Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang telah terpilih dalam Mesyuarat Agong yang lalu.Semoga kerjasama akan terjalin lebih erat lagi.Fokus kita bersama adalah untuk memajukan lagi pendidikan anak-anak di SK Puncak Alam.Semoga Allah akan merestuinya ................

07 May 2011

BANJIR DI PUNCAK ALAM




Banjir yang berlaku pd 29/04/2011 yang lalu telah menyebabkan beberapa jalan masuk dan keluar Puncak Alam ditenggelami air dan tidak boleh dilalui oleh kereta.Gambar ini diambil jam 11.30pagi dari Jalan Masuk Econsave

25 April 2011

AIR OH AIR

Sekolah mengalami masalah bekalan air sejak awal tahun ini.Namun sejak 2 minggu laluk etiadaan air semakin parah.Jadi terpaksalah guru-guru membantu apa saja cara yang boleh.Lepas latihan kebakaran, paip secara by pass diguna sebagai cara atau alternatif untuk kemudahan murid dan guru

LATIHAN KEBAKARAN PERINGKAT SEKOLAH

Latihan telah diadakan untuk sessi pagi Tahun 1, 4, 5 dan Tahun 6 mulai jam 9.30pagi pada Isnin 25/04/2011

PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH 25/04/2011



Persembahan Johan Pertandingan Koir Sempena English Week Minggu lepas

24 April 2011

27 January 2011

MAKLUMAN CUTI PERISTIWA TAHUN BARU CINA

Semua Guru dan murid rasanya boleh bernafas lega kerana minggu depan kita hanya bersekolah 2 hari sahaja iaitu pada hari Isnin dan Selasa .Saya memutuskan kita mengambil cuti peristiwa selama 1 hari pada

Tarikh : 02.92.2011
Hari : Rabu

Kita akan bersekolah dan berjumpa semula pada hari Isnin 07.02.2011
Sekian dimaklumakan

Guru Besar
SK Puncak Alam
42300 Bandar Puncak Alam
27 Januari 2011

26 January 2011


Sk Puncak Alam,sekolah baru untuk saya menjawat Guru Besar mulai 01.12.2010.Ini merupakan sekolah keempat saya menjadi GB.Alhamdullillah, kini dah hampir sebulan bersekolah,saya bersyukur dapat menjalankan tugas seperti amanah yang diberikan.Apa yang selalu ditekankan kepada guru/staf adalah saya akan melihat secara keseluruhan apa jua program dan proses perjalanan sekolah.Mana yang belum mantap dibuat pembetulan supaya semuannya berada di landasan yang betul. Ini tidak bermakna apa yang berlaku sebelum ini tidak betul, cuma saya memperbaikinya mengikut cara saya yang saya lebih berpandukan dasar dan peraturan semasa yang mesti dipatuhi.Hari ini Mesyuarat AJK Kewangan Kali Pertama diadakan.Saya telah menerangkan panjang lebar apa yang sepatutnya guru tahu dan perlu buat dan saya juga nyatakan dengan jelas pendirian saya mengenai banyak perkara tentang pengurusan kewangan.Saya tidak mahu bersandarkan pada kebiasaan yang dilakukan tetapi mesti merujuk kepada Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekelili yang berkuatkuasa .Tidak ada niat saya untuk menuduh mana-mana aktiviti atau guru yang tidak mengikuti peraturan tetapi apa yang dikehendaki "kita mesti patuh pada arahan".Jangan sesekali kita mencampuradukan yang boleh dilakukan dengan yang dilarang.Tamat mesyuarat saya ke PPD kerana mengambil Surat DGA38.Syukur... sebab dpt perhatian dan pengiktirafan dr pegawai atasan.Insyaallah klu ada rezeki tahun ni dapat kut pelantikan DG41 pula.Saya selalu beritahu staff /guru "jika dpt surat pindah,eloklah kita berpindah kerana kita tak tahu apa rezeki yang tuhan nak beri pada kita dan klu masih nak tunggu kat sekolah lama kita juga tak tahu apa ujian yang tuhan akan berikan kepada kita.Saya amat bersyukur atas kurniaanMU ....................

15 January 2011

Program Jalinan Mesra dengan Ibubapa Tahun 6

Sabtu 15 Januari - 7.55pagi sy bertolak ke SKPA bagi menghadiri majlis tersebut.Pada saya majlis ini sangat penting.Inilah kali pertama saya dapat berjumpa dengan ibubapa murid Tahun 6 yang bakal mengembalikan kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.Alhamdullilah ramai ibu bapa yang hadir.Majlis soal jawab juga berjalan dalam suasana yang harmoni.Saya kagum dengan idea-idea yang disampaikan dan insyaallah sy akan mengadakan perbincangan bersama guru tahun 6 bagi menyelesaikan beberapa perkara yang telah disampaikan.Dalam ucapan aluan sy, sy bercakap betapa pentingnya hubungan yang baik antara rumah dan sekolah. Harap ibu bapa serta guru2 saya faham tentang apa yang saya nyatakan.Terima kasih pada semua

14 January 2011

Tinjau Padang untuk Kejohanan Kriket MSSD K.Selangor


SKPA telah dipilih menjadi tuan rumah bagi pertandingan kriket MSSD Kuala Selangor.Mesyuarat diadakan di bilik gerakan jam 2.45ptg pada 13 Januari 2011.Habis meeting minum petang lepas tu tinjau keadaan padang

12 January 2011

Amanah. Amanah...Amanah

Alhamdullilah beberapa guru telah beri respon terhadap tulisan saya di bawah tajuk Kini saya di SK Puncak Alam.T/kasih banyak.Sy nak jelaskan di sini bahawa 2 tahun itu sebagai "time frame' untk saya selesaikan amanah tersebut.Kalau dlm tempoh tersebut dapat dicapai saya akan sangat gembira, klu tak capai saya akan terus berusaha tanpa rasa kecewa yang amat sangat, bukann bermakna lepas dua tahun tu saya "membawa diri".Tidak itu bukan maksudnya .Bila nak capai hasil yang lebih baik usaha kita mesti paling tinggi tak boleh biasa2.Klu buat biasa hasilnya jadi biasa.Bila kita buat luarbiasa ia akan memberi impak yang cukup positif.Saya percaya dan yakin .Sama-sama kita bekerja sama.Doakan hasrat serta niat sy akan berjaya.Apa yang kita buat ni bukan utk kepentingan kita tetapi naka-anak murid kita perlu diutamakan.Sokongan cikgu amat penting,harap jangan biarkan saya keseorangan bagi merialisasikannya.ok

ANTARA HARI YANG AGAK SIBUK

Hari ni pagi-pagi lagi sy ke sekolah lama untuk menguruskan beberapa perkara .Lepas tu pergi ke SMK Pengkalan Permatang untuk uruskan cuti sakit anak di ting 3 MCnya hingga 21 Jan ni jatuh motor kaki patahlah . Jumpa PK1 minta buku teks nasib baik dapat.Dari tahun lepas anak minta tak dapat-dapat.Terpaksa urus.Lepas tu pergi ke PPD nak urus banyak perkara pasal hal sekolah.Dapat tahu Timbalan PPD En Hamid Takat dah ada di sekolah bersama rombongannya.Saya terus ke sekolah sampai jam 11.15 pagi.Nasib baik badan boleh bertahan .Bincang bersama En Hamid,diminta untuk diberi penambahbaikan kpd beberapa perkara sama spt yg saya nyatakan pada guru/staf sebelum ini.Beliau beri perangsang dan sokongan dan percaya kpd kemampuan sy untuk mengemudi sekolah ini.Mereka balik sekitar 1.00tgh.Lepas mereka balik saya terus ke pejabat uruskan kerja ari ni.Mungkin ada guru nak jumpa....spt biasa mereka menunggu untuk berjumpa dan berbincang .Terima kasih pd cg liliy cg asiah cg norazlina , kita mesti proaktif dan gur-guru lain yang tak jemu-jemu untuk mendengar hasil pemikiran sy yang tak seberapa....tetapi demi kebaikan.Jam 5.06ptg baru keluar pejabat dan menuju ke rumah.Esok rasanya banyak lagi nak diselesaikan,Malam ni dah nak sahkan guru yang PPG tapi tak boleh sahkan kerana kena ada markah prestasi untuk 3 thn ke belakang...jadi esoklah jawabnya.Esok mungkin kerja makin bertambah.Mungkin juga esok lagi sibuk ????? Jawapannya ....... dah tentu

06 January 2011

MESYUARAT BERSAMA GURU TAHUN 6




Hari ni mesyuarat diadakan bersama guru-guru yang mengajar tahun 6.Perkara yang dibincangkan adalah program-program bagi peningkatan prestasi UPSR 2011.Semua penolong kanan dan guru kaunseling hadir sama.Setiap kali berjumpa dengan guru saya akan menjelaskan visi dan misi saya.Bagi saya ini sangat penting untuk saya berikan penjelasan kepada semua supaya apa yang ada diminda dan hati saya dapat diketahui dengan jelas oleh guru dan staff.Apa yang penting, saya akan lakukan yang terbaik untuk SKPA.Saya sangat memerlukan sokongan serta komitmen guru-guru saya.Saya harap mereka 9guru-guru dan staff )akan bersama saya dalam mengharungi detik-detik yang sukar bagi memulihkan reputasi akademik sekolah. Saya tidak akan mengaku kalah, saya akan tanggung segala risikonya dan saya amat percaya segala yang baik yang kita lakukan akan dibalas kebaikan oleh Allah SWT.Saya juga amat bersyukur kerana mempunyai barisan guru yang rajin bekerja .Saya bersyukur sangat-sangat atas segalanya .....

05 January 2011

HARI PERTAMA SEKOLAH 2011...JEM..JEM



Suasana di luar pagar sekolah.Gambar diambil pukul 1.40ptg 3Januari 2011.Kesesakan yang amat teruk. Apa boleh buat semua ibu dan bapa hadir ke sekolah untuk mengambil anak yang belajar sesi pagi dan menghantar juga anak yang belajar sesi petang. Bertembung pula dengan aliran keluar murid SMKPA