Majlis tersebut berlangsung pada 21 Ogos 2009 Hari Jumaat.Kini giliran saya pula ke sana.Pagi lagi lembu telah disembelih untuk jamuan malam nanti sempena Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk pelajar/anak-anak kampung yang akan mengambil peperiksaan UPSR/PMR/SPM dan STPM.Alhamdulillah dengan adanya aktiviti seperti ini pastinya ia akan merapatkan lagi hubungan antara sekolah,kampung dan masjid
16 August 2009
GOTONG ROYONG ANTARA PIBG,MASYARAKAT KAMPUNG DENGAN SEKOLAH
Gotong royong tersebut telah diadakan pada hari Sabtu 15 Ogos yang lalu yang bermula jam 8.00pagi.Alhamdulillah sambutan amat membanggakan,ramai ibubapa dan penduduk kampung hari pada hari itu.Atas usaha PIBG dan masyarakat kampung,sekolah menerima 4 lori tanah merah secara percuma .Jadi pada hari tu,kaum bapa buat kerja menambak tanah di sepanjang pagar batu di sekeliling kawasan sekolah.Bagi kaum ibu pula mereka terlibat membersihkan bilik Gerakan,Bilik Kemahiran Hidup dan membuat garisan padang bola jaring.Terima kasih pada semua
Subscribe to:
Posts (Atom)