31 October 2009

DI UNIVERSITI GADJAHMADA 28 OCT 2009




LAWATAN RASMI KE SEKOLAH DI JOGJAKARTA 27 OCT 2009





Dari atas :
Gambar 1 : Sekolah Dasar Negeri Serayu (kalau kita SK Serayu......)
Gambar 2 : Uniform sekolah
Gambar 3 : Pakaian permaianan dan uniform

GAMBAR-GAMBAR DI KOTA SOLO, INDONESIA





Dari atas :
Gambar 1 :Di Airport Solo :Baru sampai da...
Gambar 2 : Pemandangan dari udara Solo
Gambar 3 : Hotel penginapan di Solo
Gambar 4 : Pemandangan Solo yang tenang

29 October 2009

MASIH MENUNGGU KAWAN

Rakan-rakan yamg pergi lawatan ke Borobodur masih belum balik lagi.Dah tentu mereka makan dan shopping sebelum balik ke hotel.Saya agak boring sikit malam ni sebab dari pagi tak ada kawan.Pukul 8.45 tadi saya makan di hotel saja, bayar sendirilah jawabnya.Makan nasi goreng jawa dan minum kopi cukuplah untuk alas perut malam ni.Harga makanan yang diorder berjumlah 55,500 rupiah. Oklah masih mampu dibayar.Nilai tukaran semasa adalah RM 360.00 = 1 juta rupiah. Lepas tu telefon isteri satu call 850 rupiah untuk selama 30 saat,beli prepaid Indon ok la murah juga.Esok saya akan pulang semula ke Malaysia dengan penerbangan Air Asia jam 9.55 pagi dari Airport Yogyakarta dan dijangka sampai di LCCT Sepang jam 12.20 tgh.Lepas tu naik bas UKM untuk ambil kereta di kolej.Lepas jumaat kena call pensyarah untuk ambil balik penulisan ilmiah yang telah disemak sebab pensyarah minta jumpa selepas balik dari Indonesia

SAYA MASIH DI YOGYAKARTA,INDONESIA

Hari ni hari ke 3 saya di Indonesia, pada 27 Oktober lalu saya bersama Group Program Khas Pengsiswazahan Guru Besar Universiti Kebangsaan Malaysia ( PKPGB UKM ) tiba di Solo dari LCCT Sepang.Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Saya tiba di Solo jam 9.15 pagi waktu Malaysia( 8.15 pagi waktu Indonesia). Lawatan tempat bersejarah dilakukan sebaik tiba ke bumi Solo dan membeli belah di kawasan sekitar hotel. Di Solo saya menginap di Hotel Best Western Premier.Keadaan di Solo lebih nyaman dan damai jika dibandingkan dengan Kota Bandung yang telah saya kunjungi pada tahun 2008 yang lalu.Tidak hiruk pikuk dan tiada kesesakan kenderaan.Pada 28 Oktober jam 7.00pagi rombongan kami mula bertolak ke Kota Yogyakarta atau dikenali Jogjakarta dan kami akan menuju ke Universiti Gadjah Mada sebuah universiti yang terkenal dan antara yang tertua di Indonesia. Di Yogyakarta saya menginap di Hotel Puri Artha di tengah kota Jogjakarta. Sebelah malamnya digunakan sepenuhnya untuk jalan-jalan dan membeli belah. Saya tidak banyak membeli di Jogja kerana telah pun membeli sedikit barangan di Solo untuk isteri dan anak-anak.Jangan tidak ......Hari ini rombongan melawat ke Candi Borobodur terletak kira-kira 40 km dari Jogjakarta tapi saya memilih untuk tidak bersama rombongan dan berehat di hotel sahaja. Kebetulan ada rakan yang membawa laptop apa lagi lah ,ni lah masanya untuk ku tulis apa-apa saja yang terlintas supaya tidak boring di sepanjang hari.Kalau duduk di bilik TV saja menjadi teman tapi bagusnya TV di sini banyak siaran rasanya berpuluh-puluh siaran dapat dilihat.Berita sensasi sejak ketibaan sayadi sini ialah mengenai kematian Montik iaitu TKI Tenaga Kerja Inndonesia yang dikatakan didera oleh majikannya.Setiap hari berita timbul dipelbagai saluran sehingga ditunjukkan protes di Kedutaan Malaysia di Jakarta.Inilah antara berita-berita sensasi dan disensasikan oleh media di sini. Manakan tidak sebilangan penduduknya pasti ada yang marah kepada Malaysia dan rakyatnya,tetapi sebenarnya siapa yang punya kerja......Setiap hari juga di sni ditayangkan mengenai pelbagai penunjuk perasaan yang berontakan (bahasa di sini) yang menentang dasar-dasar pemerintah mereka yang isunya adalah pelbagai.Ok pada semua guru sudah lama saya tidak bertugas di sekolah lantaran kesibukan kuliah dan peperiksaan semester 5. Habis aje periksa terus ke mari. Insyaallah kita ketemu lagi pada 2 November nanti........