15 April 2009

Selamat berpindah ke sekolah baru


Mulai 13 April 2009 Pn Hjh Fuziah bt Habeb PK Ko Kurikulum SK Jalan Raja Musa telah bertukar ke SK Dato Manan.Terima kasih atas segala sumbangan dan bakti yang dicurahkan selama di SK Jalan Raja Musa.Saya tak dapat bersama pada Majlis Perpisahan yang diadakan pada Jumaat 10 April kerana sedang menyambung pelajaran di UKM.Tidak lupa kepada penggantinya Pn Zainon bt Muskam dari SK Jaya Setia Batang Berjuntai.Selamat Datang dan Selamat Bertugas di SK Jalan Raja Musa.Hulurkanlah bakti dengan sepenuh hati

Tinggalkan sekolah sebulan ke UKM untuk belajar




7 April saya tinggalkan sekolah untuk tempoh sebulan kerana menyambung lagi pelajaran saya di UKM.Kat sana saya mengambil kursus Pengurusan Pendidikan .Saya akan kembali semula untuk bertugas pada 11 Mei nanti.Harap -harap semasa ketiadaan saya di sekolah semua guru tekun mengajar anak-anak murid,biar murid pandai dan saya berdoa tidak ada perkara buruk berlaku

Perkhemahan Ko Kurikulum Sekolah 2009


Pada 3 April 2009 hingga 5 April 2009 perkhemahan KoKurikulum telah diadakan di Sg Puah Cameron Highlands.Perkhemahan ini disertai oleh 39 pelajar tahun 6 SK Jalan Raja Musa.Saya turut sama dalam perkhemahan tersebut dan telah melakukan penutupan pada 5 April.Perkhemahan ini memberi pengalaman yang bermakna buat semua.Murid dapat menimba pengalaman baru,guru mengenal erti kerjasama ,tolong menolong dan bekerja dalam satu pasukan di mana jika mementingkan diri sudah pasti program ini sukar dilaksanakan,kepada saya ia memberi gambaran bahawa kerja yang berat perlu diusahakan bersama dan semua warga mesti terlibat

18 April 2008

Hari Sukan Sekolah


Sukan Tahunan Sekolah telah diadakan pada Ahad 30 Mac yang lalu.Sukan bermula jam 8.30pagi dan berakhir jam 5.45petang.Cuaca hari itu sangat baik tetapi mulai 4.45petang hujan mula turun.Nasib baik acara dah tamat.Saya seronok sekali melihat acara-acara sukan yang dijalankan apatah lagi apabila melihat kesungguhan guru-guru saya.Murid saya apalagi ..... cuba tengok gambar ni

15 April 2008

Bangunan Baru


Ini adalah bangunan baru Sek.Keb.Jalan Raja Musa.Bangunan ini setinggi 3 tingkat.Di sinilah juga terletaknya pejabat saya selaku Guru Besar.Kira okla....... agak selesalah juga

26 March 2008

Pemandangan di ruang tamu


Gambar-gambar dalam bilik sekitar pejabat Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Musa,Kuala Selangor.Kalau boleh beri komen..........

lagi pemandangan sekitar sekolah


cantik ke pemandangan ini ?