21 July 2009


LATIHAN DALAM PERRKHIDMATAN -LADAP KALI KE 7


Ladap ke 7 diadakan pada Sabtu 18 Julai yang lalu di Makmal Komputer mulai jam 8.oopagi.Ia dihadiri oleh 17 orang guru dan 3 orang gagal untuk bersama majlis tersebut atas berbagai sebab.Walau pun kuliah di UKM sedang berjalan sehingga 4 Ogos saya tetap hadir dan menyampaikan slot Pengurusan Strategik kepada guru.Kalau nak ikutkan hati saya batalkan ladap pada hari itu,kerana saya demam.Oleh kerana tanggung jawab saya gagahkan juga sehingga tamat.Kebetulan juga pada hari tersebut,ia dikunjugi oleh Penolong PPD dan Ketua Sains dan Matematik untuk memantau perjalanan ladap di sekolah.Terima kasih kepada guru yang hadir ,bagi guru yang tak hadir hari tu mula lah membina perancangan strategik untuk unit masing-masing

05 July 2009

Ni lah saya.Posing depan pintu bilik je..

Gambar ni diambil pada 2 Julai 2009 di depan pintu masuk ke bilik saya di usia 46 tahun 8bulan

Program lain di sekolah sebelum ke UKM



Gambar atas telah diambil pada 2 Julai 2009 yang lalu.Wak Tais dan Shahrom sedang membasuh kolam ikan dan melihat ikan yang dibela selama ini telah pun besar.Inilah ikan talapia merah hasil buah tangan mereka yang terdapat di sebuah kolam berdekatan pintu masuk sekolah .Saya sempat bawa pulang 5 ekor pada hari itu.Ikannya memang sedap.Gambar di bawahnya pula pemasangan air cond di Bilik Gerakan Sekolah

Program Sekolah - 27.06.2009

Hari ibu bapa membayar bayaran persekolahan pada tahun ini telah ditetapkan pada hari Sabtu 27 Jun yang lalu bermula pukul 8.00pagi hingga 12.00tgh.Hari tersebut adalah hari persekolahan bagi menggantikan cuti Hari Raya bagi kali kedua.Kebetulan hari itu terjumpa dengan YDP PIBG bagi menjelaskan bayaran persekolahan anaknya

Program Sekolah - 17.06.2009



Hari Perjumpaan antara Guru Kelas dengan ibu bapa murid untuk menandatangani Kad Pelaporan bagi Peperiksaan Penggal 1 telah diadakan mulai jam 11.00pagi hingga 1.05 tgh.Ramai ibu bapa telah hadir bagi menjayakan majlis tersebut.Selepas menandatangani kad pelaporan tersebut,ibu bapa dibenarkan membawa pulang anak masing-masing