21 July 2009


LATIHAN DALAM PERRKHIDMATAN -LADAP KALI KE 7


Ladap ke 7 diadakan pada Sabtu 18 Julai yang lalu di Makmal Komputer mulai jam 8.oopagi.Ia dihadiri oleh 17 orang guru dan 3 orang gagal untuk bersama majlis tersebut atas berbagai sebab.Walau pun kuliah di UKM sedang berjalan sehingga 4 Ogos saya tetap hadir dan menyampaikan slot Pengurusan Strategik kepada guru.Kalau nak ikutkan hati saya batalkan ladap pada hari itu,kerana saya demam.Oleh kerana tanggung jawab saya gagahkan juga sehingga tamat.Kebetulan juga pada hari tersebut,ia dikunjugi oleh Penolong PPD dan Ketua Sains dan Matematik untuk memantau perjalanan ladap di sekolah.Terima kasih kepada guru yang hadir ,bagi guru yang tak hadir hari tu mula lah membina perancangan strategik untuk unit masing-masing

No comments: