22 May 2009

Gambar Terkini persekitaran sekolah Mei 2009

















Kini saya ke UKM lagi


Mulai 18 Mei sehingga 24 Mei Minggu Ulangkaji sebelum menduduki Peperiksaan Semester 4 pada 25 Mei nanti.Harap semua warga sekolah sihat sejahtera dan dapat menyiapkan segala tugasan mengenai peperiksaan pertengahan tahun.Kita jumpa lagi pada 15 Jun nanti untuk sama-sama menjalankan tugas di sekolah.

19 May 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Minggu ini dari 18 Mei hingga 22 Mei adalah Minggu Peperiksaan di SK Jalan Raja Musa.Semoga murid dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan penuh kesungguhan.Kepada semua guru saya harap dapat mengawal kelas seperti keadaan peperiksaan sebenar.Lepas murid menduduki peperiksaan diharap semua guru dapat memeriksa semua kertas tersebut seberapa segera yang boleh.Buat analisa seperti yang diarahkan oleh PK Pentadbiran.Cuma saya minta dalam analisa nanti bagi setiap matapelajaran tambahkan perkara berikut :
1.mod
2.min
3.median
4.julat
Jika ada guru yang kurang faham rujuk dulu kepada PK atau hubungi saya ,saya akan huraikan dalam blog ini nanti.Terima kasih

14 May 2009

DEMI TUGAS,AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB







Sepanjang minggu ini saya berada di dalam kelas untuk melihat guru-guru saya mengajar anak-anak murid.Saya tinggalkan pejabat dan duduk sepanjang hari di dalam kelas bagi memantau pengajaran dan pembelajaran guru dan pembelajaran murid-murid.Setakat hari ini saya dah masuk ke kelas tahun 1 dan kelas tahun 6.Rata-rata memang guru sangat rajin dan bersedia untuk mengajar.Cikgu Fuad mengajar dan melayan anak murid seperti sepatutnya.Pada saya apa yang penting ialah guru merancang pengajarannya dengan teliti dan menggunakan masa pengajarannya secara optimum .Apa yang saya perolehi dari pemantauan ini murid sememangnya mahu belajar dan guru mempunyai kebolehan dan kepakaran mengendalikan kelas masing-masing.Di Tahun 6 pun murid turut aktif semasa P&P dan mereka berusaha walaupun sukar terutama dalam mp B.Inggeris yang diajar oleh Sir Thayalan.Cikgu Mazlan ,Cikgu Fara dan Ust Ali pun semua OK.Tapi bagi setakat hari ini P&P cikgu Rahmat paling OK.Teruskan usaha,syabas dan tahniah untuk semua

13 May 2009

PK KO KURIKULUM YANG BARU

Pn Zainon bt Muskam PK Kokurikulum baru.Mula bertugas mulai 13.4.2009.Semua warga sekolah mengucapkan Selamat Datang dan Selamat bertugas di SK Jalan Raja Musa

12 May 2009

VISI DAN MISI SEKOLAH SK JALAN RAJA MUSA

Visi dan Misi sekolah dalam wajah yang baru.Ianya bukan sekadar untuk tatapan sahaja tetapi untuk difahami dan seterusnya dihayati serta perlu ada tindakan sewajarnya dikalangan kita bagi mencapai matlamat visi dan misi di atas.Pada guru-guruku,anak-anak muridku,seluruh warga sekolah , seluruh penduduk kampung Raja Musa sama-samalah kita berganding bahu bagi memajukan lagi sekolah kita ini.

DULU DAN HARI INI 11 MEI 2009 - SIRI 1


Kini seluruh kawasan telah banyak berubah.Tengoklah perbezaan yang dapat dilihat.Saya akan post gambar-gambar terkini sebagai perbandingan dulu dan hari ini untuk tatapan kita semua.Lihatlah papan tanda visi dan misi yand dah siap.Terima kasih pada semua guru yang terlibatTengoklah juga papan tanda ni yang saya postkan bulan April lalu

08 May 2009

AWAS ! JANGAN TIRU GAYA MEREKA

















Yang duduk tu namanya Mr.Ali dari Daro dan berdiri tu Mr Idahap dari Kapit.Kedua-duanya dari SarawakGambar ni saya ambil bukannya untuk tujuan yang tidak baik.Sebenarnya saya tidak ingin melihat guru di sekolah saya merokok di dalam kawasan sekolah,terutamanya di bilik guru,makmal komputer dan tempat-tempat strategik yang lain.Tengok tu dok tarik bukan main sedap lagi padahal kelas sedang dijalankan."Kata mereka take fire"bukannya take five.Saya cuma nak tanya bila nak insaf ni ?

06 May 2009

SEKOLAH SEMAKIN CERIA






Pada pagi Isnin 4 Mei yang lalu saya singgah di sekolah untuk hadir ke perhimpunan rasmi.Kelas kat UKM pagi tu ditunda ke malam.Jadi saya mengambil kesempatan untuk meninjau kawasan sekitar sekolah.Saya dapati semua projek pembangunan sekolah telah siap antaranya pembinaan pagar batu,tar jalan masuk dan tapak perhimpunan.Tengok tu dapat pagar baru lagi di pintu masuk utama