Sepanjang minggu ini saya berada di dalam kelas untuk melihat guru-guru saya mengajar anak-anak murid.Saya tinggalkan pejabat dan duduk sepanjang hari di dalam kelas bagi memantau pengajaran dan pembelajaran guru dan pembelajaran murid-murid.Setakat hari ini saya dah masuk ke kelas tahun 1 dan kelas tahun 6.Rata-rata memang guru sangat rajin dan bersedia untuk mengajar.Cikgu Fuad mengajar dan melayan anak murid seperti sepatutnya.Pada saya apa yang penting ialah guru merancang pengajarannya dengan teliti dan menggunakan masa pengajarannya secara optimum .Apa yang saya perolehi dari pemantauan ini murid sememangnya mahu belajar dan guru mempunyai kebolehan dan kepakaran mengendalikan kelas masing-masing.Di Tahun 6 pun murid turut aktif semasa P&P dan mereka berusaha walaupun sukar terutama dalam mp B.Inggeris yang diajar oleh Sir Thayalan.Cikgu Mazlan ,Cikgu Fara dan Ust Ali pun semua OK.Tapi bagi setakat hari ini P&P cikgu Rahmat paling OK.Teruskan usaha,syabas dan tahniah untuk semua
No comments:
Post a Comment