05 January 2011

KINI SAYA DI SK PUNCAK ALAM 1


Mulai 1/12/2010 lalu saya telah bertukar dari SK Jalan Raja Musa,Kuala Selangor ke SK Puncak Alam masih dalam daerah Kuala Selangor. Saya telah melapor diri ke SK Puncak Alam pada 20/12//2010. Bermula taikh ini saya akan menabur bakti pula di sekolah ini. Tak tau untuk berapa lama tetapi saya berjanji apa yang diamanhkan kepada saya saya akan tunaikan sehingga selesai.Selepas tu baru saya fikirkan ke mana pula selepas SKPA. 3 Fokus utama saya bila berada di SKPA ini 1.kemenjadian murid mencakupi peningkatan murid dalam UPSR dan peperiksaan dalaman bagi semua murid / ko-kurikulum dan sahsiah serta ketrampilan 2.Pengurusan kewangan yang cekap dan efisien 3.Pengurusan sekolah yang berkesan . Insyaallah akan saya tunaikan dalam tempoh 2 tahun ini. Mohon Allah berikan petunjuk dan peluang kepada saya .SELAMAT TINGGAL SK JALAN RAJA MUSA

18 September 2010

HARI YANG DINANTIKAN


Pada 09/08/2010 adalah Hari Konvokesyen UKM.Hari inilah yang dinantikan setelah 3 tahun bertungkus lumus.Alhamdulilllah bersyukur pada Allah ..........

10 April 2010

BERTUGAS SEMULA SETELAH TAMAT PENGAJIAN DI UKM


Pada 26 Mac 2010 yang lepas tamatlah pengajian saya di perngkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan.Pengajian mengambil masa selam 2 tahun 8 bulan . Cuti masih ada lagi kerana Kementerian telah luluskan cuti belajar saya sehingga 05.07.2010. Pembelajaran saya ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih. Walaupun ada masa untuk berehat tapi saya terus memulakan tugas saya pada 01 April lalu.

MALAM ANUGERAH GRADUAN FAKULTI PENDIDIKAN UKM 2010


Malam Anugerah Graduan telah diadakan di DECTAR pada minggu peperiksaan Semester 6 yang lepas 20 April 2010 dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.Lihatlah gambar kenangan semasa majlis tersebut

31 October 2009

DI UNIVERSITI GADJAHMADA 28 OCT 2009




LAWATAN RASMI KE SEKOLAH DI JOGJAKARTA 27 OCT 2009





Dari atas :
Gambar 1 : Sekolah Dasar Negeri Serayu (kalau kita SK Serayu......)
Gambar 2 : Uniform sekolah
Gambar 3 : Pakaian permaianan dan uniform

GAMBAR-GAMBAR DI KOTA SOLO, INDONESIA





Dari atas :
Gambar 1 :Di Airport Solo :Baru sampai da...
Gambar 2 : Pemandangan dari udara Solo
Gambar 3 : Hotel penginapan di Solo
Gambar 4 : Pemandangan Solo yang tenang

29 October 2009

MASIH MENUNGGU KAWAN

Rakan-rakan yamg pergi lawatan ke Borobodur masih belum balik lagi.Dah tentu mereka makan dan shopping sebelum balik ke hotel.Saya agak boring sikit malam ni sebab dari pagi tak ada kawan.Pukul 8.45 tadi saya makan di hotel saja, bayar sendirilah jawabnya.Makan nasi goreng jawa dan minum kopi cukuplah untuk alas perut malam ni.Harga makanan yang diorder berjumlah 55,500 rupiah. Oklah masih mampu dibayar.Nilai tukaran semasa adalah RM 360.00 = 1 juta rupiah. Lepas tu telefon isteri satu call 850 rupiah untuk selama 30 saat,beli prepaid Indon ok la murah juga.Esok saya akan pulang semula ke Malaysia dengan penerbangan Air Asia jam 9.55 pagi dari Airport Yogyakarta dan dijangka sampai di LCCT Sepang jam 12.20 tgh.Lepas tu naik bas UKM untuk ambil kereta di kolej.Lepas jumaat kena call pensyarah untuk ambil balik penulisan ilmiah yang telah disemak sebab pensyarah minta jumpa selepas balik dari Indonesia

SAYA MASIH DI YOGYAKARTA,INDONESIA

Hari ni hari ke 3 saya di Indonesia, pada 27 Oktober lalu saya bersama Group Program Khas Pengsiswazahan Guru Besar Universiti Kebangsaan Malaysia ( PKPGB UKM ) tiba di Solo dari LCCT Sepang.Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. Saya tiba di Solo jam 9.15 pagi waktu Malaysia( 8.15 pagi waktu Indonesia). Lawatan tempat bersejarah dilakukan sebaik tiba ke bumi Solo dan membeli belah di kawasan sekitar hotel. Di Solo saya menginap di Hotel Best Western Premier.Keadaan di Solo lebih nyaman dan damai jika dibandingkan dengan Kota Bandung yang telah saya kunjungi pada tahun 2008 yang lalu.Tidak hiruk pikuk dan tiada kesesakan kenderaan.Pada 28 Oktober jam 7.00pagi rombongan kami mula bertolak ke Kota Yogyakarta atau dikenali Jogjakarta dan kami akan menuju ke Universiti Gadjah Mada sebuah universiti yang terkenal dan antara yang tertua di Indonesia. Di Yogyakarta saya menginap di Hotel Puri Artha di tengah kota Jogjakarta. Sebelah malamnya digunakan sepenuhnya untuk jalan-jalan dan membeli belah. Saya tidak banyak membeli di Jogja kerana telah pun membeli sedikit barangan di Solo untuk isteri dan anak-anak.Jangan tidak ......Hari ini rombongan melawat ke Candi Borobodur terletak kira-kira 40 km dari Jogjakarta tapi saya memilih untuk tidak bersama rombongan dan berehat di hotel sahaja. Kebetulan ada rakan yang membawa laptop apa lagi lah ,ni lah masanya untuk ku tulis apa-apa saja yang terlintas supaya tidak boring di sepanjang hari.Kalau duduk di bilik TV saja menjadi teman tapi bagusnya TV di sini banyak siaran rasanya berpuluh-puluh siaran dapat dilihat.Berita sensasi sejak ketibaan sayadi sini ialah mengenai kematian Montik iaitu TKI Tenaga Kerja Inndonesia yang dikatakan didera oleh majikannya.Setiap hari berita timbul dipelbagai saluran sehingga ditunjukkan protes di Kedutaan Malaysia di Jakarta.Inilah antara berita-berita sensasi dan disensasikan oleh media di sini. Manakan tidak sebilangan penduduknya pasti ada yang marah kepada Malaysia dan rakyatnya,tetapi sebenarnya siapa yang punya kerja......Setiap hari juga di sni ditayangkan mengenai pelbagai penunjuk perasaan yang berontakan (bahasa di sini) yang menentang dasar-dasar pemerintah mereka yang isunya adalah pelbagai.Ok pada semua guru sudah lama saya tidak bertugas di sekolah lantaran kesibukan kuliah dan peperiksaan semester 5. Habis aje periksa terus ke mari. Insyaallah kita ketemu lagi pada 2 November nanti........

16 September 2009

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

Sekolah akan mula bercuti pada 18/9/2009 sehingga 27/9/2009 Sempena Cuti Hari Raya pada tahun in.Sekolah hanya akan dibuka semula pada hari Isnin 28/9/09 .Selamat menyambut Hari Raya kepada semua warga sekolah guru,murid,staff pejabat serta semua staff keselamatan dan kebersihan.Sempena hari yang mulia ini saya memohon berbanyak maaf di atas kesilapan yang saya lakukan samada secara langsung atau tidak langsung.Ok kita jumpa semula pada 7.10.2009 setelah saya tamat pengajian untuk semester 5 nanti.

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

06 September 2009

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2009

8/9/09 hari yang ditunggu-tunggu.Murid Tahun 6 akan menduduki UPSR.Diharapkan semua murid telah bersedia.Jawablah soalan dengan hati-hati.Cikgu doakan semua murid akan berjaya nanti .Semoga bilangan murid yang akan mendapat 5A akan bertambah dan bilangan peratus lulus terus meningkat pada tahun ni.Insyaallah

16 August 2009

MAJLIS GOTONG ROYONG MASJID KG RAJA MUSA







Majlis tersebut berlangsung pada 21 Ogos 2009 Hari Jumaat.Kini giliran saya pula ke sana.Pagi lagi lembu telah disembelih untuk jamuan malam nanti sempena Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk pelajar/anak-anak kampung yang akan mengambil peperiksaan UPSR/PMR/SPM dan STPM.Alhamdulillah dengan adanya aktiviti seperti ini pastinya ia akan merapatkan lagi hubungan antara sekolah,kampung dan masjid










GOTONG ROYONG ANTARA PIBG,MASYARAKAT KAMPUNG DENGAN SEKOLAH




Gotong royong tersebut telah diadakan pada hari Sabtu 15 Ogos yang lalu yang bermula jam 8.00pagi.Alhamdulillah sambutan amat membanggakan,ramai ibubapa dan penduduk kampung hari pada hari itu.Atas usaha PIBG dan masyarakat kampung,sekolah menerima 4 lori tanah merah secara percuma .Jadi pada hari tu,kaum bapa buat kerja menambak tanah di sepanjang pagar batu di sekeliling kawasan sekolah.Bagi kaum ibu pula mereka terlibat membersihkan bilik Gerakan,Bilik Kemahiran Hidup dan membuat garisan padang bola jaring.Terima kasih pada semua


21 July 2009


LATIHAN DALAM PERRKHIDMATAN -LADAP KALI KE 7


Ladap ke 7 diadakan pada Sabtu 18 Julai yang lalu di Makmal Komputer mulai jam 8.oopagi.Ia dihadiri oleh 17 orang guru dan 3 orang gagal untuk bersama majlis tersebut atas berbagai sebab.Walau pun kuliah di UKM sedang berjalan sehingga 4 Ogos saya tetap hadir dan menyampaikan slot Pengurusan Strategik kepada guru.Kalau nak ikutkan hati saya batalkan ladap pada hari itu,kerana saya demam.Oleh kerana tanggung jawab saya gagahkan juga sehingga tamat.Kebetulan juga pada hari tersebut,ia dikunjugi oleh Penolong PPD dan Ketua Sains dan Matematik untuk memantau perjalanan ladap di sekolah.Terima kasih kepada guru yang hadir ,bagi guru yang tak hadir hari tu mula lah membina perancangan strategik untuk unit masing-masing

05 July 2009

Ni lah saya.Posing depan pintu bilik je..

Gambar ni diambil pada 2 Julai 2009 di depan pintu masuk ke bilik saya di usia 46 tahun 8bulan

Program lain di sekolah sebelum ke UKM



Gambar atas telah diambil pada 2 Julai 2009 yang lalu.Wak Tais dan Shahrom sedang membasuh kolam ikan dan melihat ikan yang dibela selama ini telah pun besar.Inilah ikan talapia merah hasil buah tangan mereka yang terdapat di sebuah kolam berdekatan pintu masuk sekolah .Saya sempat bawa pulang 5 ekor pada hari itu.Ikannya memang sedap.Gambar di bawahnya pula pemasangan air cond di Bilik Gerakan Sekolah

Program Sekolah - 27.06.2009

Hari ibu bapa membayar bayaran persekolahan pada tahun ini telah ditetapkan pada hari Sabtu 27 Jun yang lalu bermula pukul 8.00pagi hingga 12.00tgh.Hari tersebut adalah hari persekolahan bagi menggantikan cuti Hari Raya bagi kali kedua.Kebetulan hari itu terjumpa dengan YDP PIBG bagi menjelaskan bayaran persekolahan anaknya

Program Sekolah - 17.06.2009



Hari Perjumpaan antara Guru Kelas dengan ibu bapa murid untuk menandatangani Kad Pelaporan bagi Peperiksaan Penggal 1 telah diadakan mulai jam 11.00pagi hingga 1.05 tgh.Ramai ibu bapa telah hadir bagi menjayakan majlis tersebut.Selepas menandatangani kad pelaporan tersebut,ibu bapa dibenarkan membawa pulang anak masing-masing

10 June 2009

Mesyuarat Guru dan Staff

Mesyuarat Guru dan Staff SK Jalan Raja Musa

Tarikh : 16 Jun 2009
Hari : Selasa
Masa : 12.35 tengahari
Tempat : Bilik Guru

Semua Guru /Guru Praktikum dan staff diwajibkan hadir

Daripada

Mohd Rozali bin Awang Soh
Guru Besar

Selamat Kembali ke sekolah

Tarikh 15 Jun 2009,hari pertama persekolahan selepas cuti 2 minggu pada pertengahan penggal.Saya ucapkan selamat kembali semula ke sekolah kepada murid-murid dan semua warga kerja sekolah.Semoga guru semakin bersemangat dan bertenaga untuk terus mendidik anak murid.Selamat datang juga kepada 3 pelajar dari Unisel kursus TESL yang akan mula menjalani praktikum mulai tarikh 15 Jun ini.