06 January 2011

MESYUARAT BERSAMA GURU TAHUN 6




Hari ni mesyuarat diadakan bersama guru-guru yang mengajar tahun 6.Perkara yang dibincangkan adalah program-program bagi peningkatan prestasi UPSR 2011.Semua penolong kanan dan guru kaunseling hadir sama.Setiap kali berjumpa dengan guru saya akan menjelaskan visi dan misi saya.Bagi saya ini sangat penting untuk saya berikan penjelasan kepada semua supaya apa yang ada diminda dan hati saya dapat diketahui dengan jelas oleh guru dan staff.Apa yang penting, saya akan lakukan yang terbaik untuk SKPA.Saya sangat memerlukan sokongan serta komitmen guru-guru saya.Saya harap mereka 9guru-guru dan staff )akan bersama saya dalam mengharungi detik-detik yang sukar bagi memulihkan reputasi akademik sekolah. Saya tidak akan mengaku kalah, saya akan tanggung segala risikonya dan saya amat percaya segala yang baik yang kita lakukan akan dibalas kebaikan oleh Allah SWT.Saya juga amat bersyukur kerana mempunyai barisan guru yang rajin bekerja .Saya bersyukur sangat-sangat atas segalanya .....

4 comments:

lily fadzly said...

alamak, xready lagi. mana aci.

kaisiah said...

Terima kaseh cikgu kerana memberi semangat dan suntikan baru kpd kami guru2 thn 6

anaputera said...

ok la tu

anaputera said...

cg asiah ,apa yang mampu saya dan kita buat,kita buat aje lah .Demi untuk kebaikan ramai orang