12 January 2011

ANTARA HARI YANG AGAK SIBUK

Hari ni pagi-pagi lagi sy ke sekolah lama untuk menguruskan beberapa perkara .Lepas tu pergi ke SMK Pengkalan Permatang untuk uruskan cuti sakit anak di ting 3 MCnya hingga 21 Jan ni jatuh motor kaki patahlah . Jumpa PK1 minta buku teks nasib baik dapat.Dari tahun lepas anak minta tak dapat-dapat.Terpaksa urus.Lepas tu pergi ke PPD nak urus banyak perkara pasal hal sekolah.Dapat tahu Timbalan PPD En Hamid Takat dah ada di sekolah bersama rombongannya.Saya terus ke sekolah sampai jam 11.15 pagi.Nasib baik badan boleh bertahan .Bincang bersama En Hamid,diminta untuk diberi penambahbaikan kpd beberapa perkara sama spt yg saya nyatakan pada guru/staf sebelum ini.Beliau beri perangsang dan sokongan dan percaya kpd kemampuan sy untuk mengemudi sekolah ini.Mereka balik sekitar 1.00tgh.Lepas mereka balik saya terus ke pejabat uruskan kerja ari ni.Mungkin ada guru nak jumpa....spt biasa mereka menunggu untuk berjumpa dan berbincang .Terima kasih pd cg liliy cg asiah cg norazlina , kita mesti proaktif dan gur-guru lain yang tak jemu-jemu untuk mendengar hasil pemikiran sy yang tak seberapa....tetapi demi kebaikan.Jam 5.06ptg baru keluar pejabat dan menuju ke rumah.Esok rasanya banyak lagi nak diselesaikan,Malam ni dah nak sahkan guru yang PPG tapi tak boleh sahkan kerana kena ada markah prestasi untuk 3 thn ke belakang...jadi esoklah jawabnya.Esok mungkin kerja makin bertambah.Mungkin juga esok lagi sibuk ????? Jawapannya ....... dah tentu

4 comments:

lily fadzly said...

Since morning we waited for HM Pasal banyak benda nak approval from him. After a long wait,, dapat jgk jmpe disamping menyelami ape yang dia cakap. Cube memahami. :)

kaisiah said...

Kata2 cikgu semalam memberi byk manfaat pd kami dan mula memikir apa yg dh kami buat tuk sek selama ini..berbaloikah?..

kaisiah said...

Setiap kata2 cikgu semalam memberi ilmu yg sgt mendalam kpd kami..dn mula memikir "apa yg dh kami buat tuk sek selama ini..berbaloikah?"

lily fadzly said...

mula menilai diri sendiri, selama ni berbaloi ke, cukupke contribution pd sekolah? tu yg terdiam smlm.

P/s semoga anak cikgu cepat sembuh.