26 January 2011


Sk Puncak Alam,sekolah baru untuk saya menjawat Guru Besar mulai 01.12.2010.Ini merupakan sekolah keempat saya menjadi GB.Alhamdullillah, kini dah hampir sebulan bersekolah,saya bersyukur dapat menjalankan tugas seperti amanah yang diberikan.Apa yang selalu ditekankan kepada guru/staf adalah saya akan melihat secara keseluruhan apa jua program dan proses perjalanan sekolah.Mana yang belum mantap dibuat pembetulan supaya semuannya berada di landasan yang betul. Ini tidak bermakna apa yang berlaku sebelum ini tidak betul, cuma saya memperbaikinya mengikut cara saya yang saya lebih berpandukan dasar dan peraturan semasa yang mesti dipatuhi.Hari ini Mesyuarat AJK Kewangan Kali Pertama diadakan.Saya telah menerangkan panjang lebar apa yang sepatutnya guru tahu dan perlu buat dan saya juga nyatakan dengan jelas pendirian saya mengenai banyak perkara tentang pengurusan kewangan.Saya tidak mahu bersandarkan pada kebiasaan yang dilakukan tetapi mesti merujuk kepada Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekelili yang berkuatkuasa .Tidak ada niat saya untuk menuduh mana-mana aktiviti atau guru yang tidak mengikuti peraturan tetapi apa yang dikehendaki "kita mesti patuh pada arahan".Jangan sesekali kita mencampuradukan yang boleh dilakukan dengan yang dilarang.Tamat mesyuarat saya ke PPD kerana mengambil Surat DGA38.Syukur... sebab dpt perhatian dan pengiktirafan dr pegawai atasan.Insyaallah klu ada rezeki tahun ni dapat kut pelantikan DG41 pula.Saya selalu beritahu staff /guru "jika dpt surat pindah,eloklah kita berpindah kerana kita tak tahu apa rezeki yang tuhan nak beri pada kita dan klu masih nak tunggu kat sekolah lama kita juga tak tahu apa ujian yang tuhan akan berikan kepada kita.Saya amat bersyukur atas kurniaanMU ....................

No comments: