Semua Guru dan murid rasanya boleh bernafas lega kerana minggu depan kita hanya bersekolah 2 hari sahaja iaitu pada hari Isnin dan Selasa .Saya memutuskan kita mengambil cuti peristiwa selama 1 hari pada
Tarikh : 02.92.2011
Hari : Rabu
Kita akan bersekolah dan berjumpa semula pada hari Isnin 07.02.2011
Sekian dimaklumakan
Guru Besar
SK Puncak Alam
42300 Bandar Puncak Alam
27 Januari 2011
27 January 2011
26 January 2011
Sk Puncak Alam,sekolah baru untuk saya menjawat Guru Besar mulai 01.12.2010.Ini merupakan sekolah keempat saya menjadi GB.Alhamdullillah, kini dah hampir sebulan bersekolah,saya bersyukur dapat menjalankan tugas seperti amanah yang diberikan.Apa yang selalu ditekankan kepada guru/staf adalah saya akan melihat secara keseluruhan apa jua program dan proses perjalanan sekolah.Mana yang belum mantap dibuat pembetulan supaya semuannya berada di landasan yang betul. Ini tidak bermakna apa yang berlaku sebelum ini tidak betul, cuma saya memperbaikinya mengikut cara saya yang saya lebih berpandukan dasar dan peraturan semasa yang mesti dipatuhi.Hari ini Mesyuarat AJK Kewangan Kali Pertama diadakan.Saya telah menerangkan panjang lebar apa yang sepatutnya guru tahu dan perlu buat dan saya juga nyatakan dengan jelas pendirian saya mengenai banyak perkara tentang pengurusan kewangan.Saya tidak mahu bersandarkan pada kebiasaan yang dilakukan tetapi mesti merujuk kepada Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekelili yang berkuatkuasa .Tidak ada niat saya untuk menuduh mana-mana aktiviti atau guru yang tidak mengikuti peraturan tetapi apa yang dikehendaki "kita mesti patuh pada arahan".Jangan sesekali kita mencampuradukan yang boleh dilakukan dengan yang dilarang.Tamat mesyuarat saya ke PPD kerana mengambil Surat DGA38.Syukur... sebab dpt perhatian dan pengiktirafan dr pegawai atasan.Insyaallah klu ada rezeki tahun ni dapat kut pelantikan DG41 pula.Saya selalu beritahu staff /guru "jika dpt surat pindah,eloklah kita berpindah kerana kita tak tahu apa rezeki yang tuhan nak beri pada kita dan klu masih nak tunggu kat sekolah lama kita juga tak tahu apa ujian yang tuhan akan berikan kepada kita.Saya amat bersyukur atas kurniaanMU ....................
15 January 2011
Program Jalinan Mesra dengan Ibubapa Tahun 6
Sabtu 15 Januari - 7.55pagi sy bertolak ke SKPA bagi menghadiri majlis tersebut.Pada saya majlis ini sangat penting.Inilah kali pertama saya dapat berjumpa dengan ibubapa murid Tahun 6 yang bakal mengembalikan kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini.Alhamdullilah ramai ibu bapa yang hadir.Majlis soal jawab juga berjalan dalam suasana yang harmoni.Saya kagum dengan idea-idea yang disampaikan dan insyaallah sy akan mengadakan perbincangan bersama guru tahun 6 bagi menyelesaikan beberapa perkara yang telah disampaikan.Dalam ucapan aluan sy, sy bercakap betapa pentingnya hubungan yang baik antara rumah dan sekolah. Harap ibu bapa serta guru2 saya faham tentang apa yang saya nyatakan.Terima kasih pada semua
14 January 2011
Tinjau Padang untuk Kejohanan Kriket MSSD K.Selangor
12 January 2011
Amanah. Amanah...Amanah
Alhamdullilah beberapa guru telah beri respon terhadap tulisan saya di bawah tajuk Kini saya di SK Puncak Alam.T/kasih banyak.Sy nak jelaskan di sini bahawa 2 tahun itu sebagai "time frame' untk saya selesaikan amanah tersebut.Kalau dlm tempoh tersebut dapat dicapai saya akan sangat gembira, klu tak capai saya akan terus berusaha tanpa rasa kecewa yang amat sangat, bukann bermakna lepas dua tahun tu saya "membawa diri".Tidak itu bukan maksudnya .Bila nak capai hasil yang lebih baik usaha kita mesti paling tinggi tak boleh biasa2.Klu buat biasa hasilnya jadi biasa.Bila kita buat luarbiasa ia akan memberi impak yang cukup positif.Saya percaya dan yakin .Sama-sama kita bekerja sama.Doakan hasrat serta niat sy akan berjaya.Apa yang kita buat ni bukan utk kepentingan kita tetapi naka-anak murid kita perlu diutamakan.Sokongan cikgu amat penting,harap jangan biarkan saya keseorangan bagi merialisasikannya.ok
ANTARA HARI YANG AGAK SIBUK
Hari ni pagi-pagi lagi sy ke sekolah lama untuk menguruskan beberapa perkara .Lepas tu pergi ke SMK Pengkalan Permatang untuk uruskan cuti sakit anak di ting 3 MCnya hingga 21 Jan ni jatuh motor kaki patahlah . Jumpa PK1 minta buku teks nasib baik dapat.Dari tahun lepas anak minta tak dapat-dapat.Terpaksa urus.Lepas tu pergi ke PPD nak urus banyak perkara pasal hal sekolah.Dapat tahu Timbalan PPD En Hamid Takat dah ada di sekolah bersama rombongannya.Saya terus ke sekolah sampai jam 11.15 pagi.Nasib baik badan boleh bertahan .Bincang bersama En Hamid,diminta untuk diberi penambahbaikan kpd beberapa perkara sama spt yg saya nyatakan pada guru/staf sebelum ini.Beliau beri perangsang dan sokongan dan percaya kpd kemampuan sy untuk mengemudi sekolah ini.Mereka balik sekitar 1.00tgh.Lepas mereka balik saya terus ke pejabat uruskan kerja ari ni.Mungkin ada guru nak jumpa....spt biasa mereka menunggu untuk berjumpa dan berbincang .Terima kasih pd cg liliy cg asiah cg norazlina , kita mesti proaktif dan gur-guru lain yang tak jemu-jemu untuk mendengar hasil pemikiran sy yang tak seberapa....tetapi demi kebaikan.Jam 5.06ptg baru keluar pejabat dan menuju ke rumah.Esok rasanya banyak lagi nak diselesaikan,Malam ni dah nak sahkan guru yang PPG tapi tak boleh sahkan kerana kena ada markah prestasi untuk 3 thn ke belakang...jadi esoklah jawabnya.Esok mungkin kerja makin bertambah.Mungkin juga esok lagi sibuk ????? Jawapannya ....... dah tentu
06 January 2011
MESYUARAT BERSAMA GURU TAHUN 6
Hari ni mesyuarat diadakan bersama guru-guru yang mengajar tahun 6.Perkara yang dibincangkan adalah program-program bagi peningkatan prestasi UPSR 2011.Semua penolong kanan dan guru kaunseling hadir sama.Setiap kali berjumpa dengan guru saya akan menjelaskan visi dan misi saya.Bagi saya ini sangat penting untuk saya berikan penjelasan kepada semua supaya apa yang ada diminda dan hati saya dapat diketahui dengan jelas oleh guru dan staff.Apa yang penting, saya akan lakukan yang terbaik untuk SKPA.Saya sangat memerlukan sokongan serta komitmen guru-guru saya.Saya harap mereka 9guru-guru dan staff )akan bersama saya dalam mengharungi detik-detik yang sukar bagi memulihkan reputasi akademik sekolah. Saya tidak akan mengaku kalah, saya akan tanggung segala risikonya dan saya amat percaya segala yang baik yang kita lakukan akan dibalas kebaikan oleh Allah SWT.Saya juga amat bersyukur kerana mempunyai barisan guru yang rajin bekerja .Saya bersyukur sangat-sangat atas segalanya .....
05 January 2011
HARI PERTAMA SEKOLAH 2011...JEM..JEM
KINI SAYA DI SK PUNCAK ALAM 1
Mulai 1/12/2010 lalu saya telah bertukar dari SK Jalan Raja Musa,Kuala Selangor ke SK Puncak Alam masih dalam daerah Kuala Selangor. Saya telah melapor diri ke SK Puncak Alam pada 20/12//2010. Bermula taikh ini saya akan menabur bakti pula di sekolah ini. Tak tau untuk berapa lama tetapi saya berjanji apa yang diamanhkan kepada saya saya akan tunaikan sehingga selesai.Selepas tu baru saya fikirkan ke mana pula selepas SKPA. 3 Fokus utama saya bila berada di SKPA ini 1.kemenjadian murid mencakupi peningkatan murid dalam UPSR dan peperiksaan dalaman bagi semua murid / ko-kurikulum dan sahsiah serta ketrampilan 2.Pengurusan kewangan yang cekap dan efisien 3.Pengurusan sekolah yang berkesan . Insyaallah akan saya tunaikan dalam tempoh 2 tahun ini. Mohon Allah berikan petunjuk dan peluang kepada saya .SELAMAT TINGGAL SK JALAN RAJA MUSA
Subscribe to:
Posts (Atom)